Soalan Lazim

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

 

1.      Siapakah KOWAJA?

Kowaja (Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad) adalah sebuah koperasi berdaftar dibawah Akta Koperasi 1993. Kowaja mula beroperasi sejak tahun 2003.

 

2.      Siapakah yang layak memohon Pembiayaan Peribadi KOWAJA?

Terbuka kepada kakitangan kerajaan, badan berkanun dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang terpilih. Pemohon perlulah berusia 18 tahun sehingga 51 tahun. Pemohon yang berjawatan tetap perlulah berkhidmat melebihi 6 bulan dan yang kontrak perlulah berkhidmat melebihi 1 tahun.

 

3.      Bagaimanakah cara pembayaran balik untuk pembiayaan ini?

Pembayaran balik adalah melalui potongan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).

 

4.      Adakah Syarikat Swasta layak memohon?

Layak untuk kakitangan swasta terpilih di Semenanjung Malaysia sahaja. Berjawatan tetap, tempoh berkhidmat 4 tahun dan keatas, dan gaji minima RM 4,000 keatas. Potongan gaji melalui ‘Standing Instruction’ bank.

 

5.      Berapakah jumlah minimum dan maksimum pembiayaan?

Pembiayaan minimum adalah RM 3,000.00, maksimum adalah RM 200,000.00 selagi potongan gaji bulanan tidak melebihi 60 peratus.

 

6.      Adakah pembiayaan ini patuh syariah?

Ya. Pembiayaan ini telah disemak oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan didapati patuh syariah.

 

7.      Bagaimanakan cara permohonan boleh dibuat?

Permohonan pembiayaan boleh dibuat secara on-line melalui permohonan ‘online’ di laman web kami ataupun boleh menghubungi terus pegawai kami melalui whatsapp (013-222 7842) atau panggilan (03-4048 2111).

 

8.      Apakah yang dimaksudkan dengan peratus potongan?

Jumlah potongan (termasuk pembiayaan ini) tidak melebihi 60 Peratus daripada gaji kasar, termasuk elaun-alaun tetap.

 

9.      Apakah yang dimaksudkan dengan elaun-elaun tetap?

Semua jenis elaun dalam payslip yang bersifat tetap walaupun pemohon bertukar unit atau bahagian. Sebagai contoh : elaun wilayah, elaun keraian, elaun kritikal,khidmat awam, elaun perumahan dan lain-lain.

 

10.  Berapakah tempoh pemprosesan pembiayaan peribadi ini?

Setiap permohonan akan diproses untuk kelulusan dan dijangka mengambil masa dalam 3 hari bekerja.

 

11.  Adakah pemohon yang telah disenarai hitam (blacklist) layak memohon?

Boleh. Permohonan akan pertimbangkan dan tertakluk kepada persetujuan pemohon untuk menyelesaikan akaun pinjaman yang telah disenaraihitamkan.

 

12.  Berapakah tempoh bayaran balik pembiayaan?

Tempoh bayaran balik adalah dari 36 bulan (3 tahun) sehingga 120 bulan (10 tahun).

 

13.  Bolehkah penyelesaian pembiayaan dibuat sebelum tempoh sebenar?

Penyelesaian pembiayaan hanya boleh dibuat selepas 6 bulan dari tarikh pembiayaan. 

 

Hubungi Kami

Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad

Tingkat 18, Menara AmMetlife

No 1, Jalan Lumut

50400 Kuala Lumpur.

pertanyaan@kowaja.com.my

Tel : 03 4048 2000

Fax : 03 4048 2044

Whatapps : 0132227842 / 0133317842

 

©2019 Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad. All Rights Reserved. Designed By Kowaja IT Department

Search