Terkini

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Pada 11hb. Jun 2020 Khamis, KOWAJA telah menganjurkan Kempen Derma Darah bersama Pusat Darah Negara(PDN) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) dengan bertemakan Setitis Darah Sejuta Harapan. Kempen ini telah berjaya mengumpul sebanyak 62 beg darah. Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

 

 

Previous Next

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

23 April 2020 - Serahan sumbangan jahitan PPE terdiri daripada 1000 unit baju perlindungan (protective coverall), 1000 unit pelindung kasut dan 1000 unit pelindung muka kepada pihak pengurusan Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL). 

Sesi serahan sumbangan ini yang telah disempurnakan oleh Setiausaha KOWAJA & Pengurus Besar KOWAJA kepada wakil HKL, Tuan Haji Ridzoni Sulaiman, Ketua Jabatan Dietetik Dan Sajian HKL. 

Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu pasukan frontliners kita.

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG KOWAJA 2020

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

PENGUMUMAN

 

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG KOWAJA 2020

 

KOWAJA bakal menganjurkan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang bagi tahun 2020 untuk anak-anak anggota KOWAJA yang telah mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM bagi tahun 2019.

 

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut :

 

1)     Pemohon merupakan anggota KOWAJA yang masih aktif dan telah menjadi anggota sekurang-kurangnya 2 tahun.

 

2)     Memperolehi keputusan peperiksaan sekurang-kurangnya 4A di dalam UPSR, 7A di dalam PT3 dan 8A di dalam SPM.

 

(Syarat-syarat kelayakan yang kurang daripada yang dinyatakan di atas boleh juga dipertimbangkan oleh Anggota Lembaga)

 

Dokumen-dokumen yang diperlukan :

 

1)     Surat permohonan daripada ibu/bapa/penjaga.

 

2)     Salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga yang diakui sah oleh pihak sekolah/majikan.

 

3)     Salinan sijil/slip keputusan peperiksaan anak yang diakui sah oleh pihak sekolah/majikan.

 

4)     Salinan kad pengenalan/sijil kelahiran anak yang diakui sah oleh pihak sekolah/majikan.

 

 

Permohonan yang lengkap hendaklah sampai ke alamat berikut sebelum atau pada 30 APRIL 2020.

 

KOPERASI WAWASAN PEKERJA-PEKERJA BERHAD (KOWAJA)

Tingkat 18, Menara AmMetlife,

No. 1, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur.

(U/P: Puan Salwana)

 

Sebarang pertanyaan mengenai Anugerah Pelajar Cemerlang, sila hubungi Puan Salwana di talian 03-4048 2000.

 

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Pada 31hb. Januari 2020 Jumaat, KOWAJA telah mengadakan Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina di Kai Xin Home Centre yang bertempat di Ulu Langat, Selangor. Seramai 20 orang penghuni rumah kebajikan tersebut telah diraikan pada majlis ini. Pelbagai sumbangan disalurkan antaranya ialah bantuan keperluan harian untuk kegunaan rumah kebajikan tersebut. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Anggota Lembaga dan kakitangan KOWAJA.

Hubungi Kami

Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad

Tingkat 18, Menara AmMetlife

No 1, Jalan Lumut

50400 Kuala Lumpur.

pertanyaan@kowaja.com.my

Tel : 03 4048 2000

Fax : 03 4048 2044

Whatapps : 0132227842 / 0133317842

 

©2019 Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad. All Rights Reserved. Designed By Kowaja IT Department

Search